Wednesday, 3 April 2013

ASRAMA OHHHH ASRAMA


Assalamualaikum everyone !

Entri kali ni saya nak share dgn korang macam mana nak biasakan diri dengan life kat asrama . Act , aku dulu pernah la jgak duk kat asrama jugak kan walaupun seminggu jer so , sedikit sebanyak aku tahu lha mcam mana life kat asrama and apa rasanya tinggal kat asrama . memang terrible kan dgn rutin dye yg memenatkan tuh pagi sekolah lpas tuh petang prep , riadah then malam prep lagi . seriously aku rasa mcam separuh nk mati jer duk asrama walaupun seminggu . Kadang tu rasa pelik macam mana org lain tahan duk kat asrama tu bertahun tahun . kadang tu ade yg x suka balik rumah . aku nie bukan lha anak manja yang x boleh buat kerja kan even kat rumah pon aku buat semua kerja sendiri jer basuh kain , lipat baju , basuh pinggan . ayah aku bukannya kerja mewah pon sampai nak upah orang gaji kan .tapi xtahu macam mana aku x tahan duk kat asrama . hrmm , okeyh abaikan cerita aku tu . so , baru baru ney aku ada baca kat satu majalah neyh pasal tip mengurus diri di asrama , jadi aku rasa nak share kat sini sbb kebanyakkan org x thu mcam mana nak uruskan diri kat asrama . bukan budak budak jer even org besar pon sama . macam ada sorg membe mak aku neyh dy sambung study kat UK pon menangis nangis nak balik tau .

1.       Positifkn diri korang

Cuba fikir positif yang  duduk kat asrama neyh boleh bg bnyak kebaikan . Contohnya boleh berdikari , dapat banyak kawan walaupun sebenarnya korang banyak fikir yg negatif . mesti ingat keluarga kat rumah makan sedap sedap , g jalan jalan lha kan . cuba buang fikiran yang tak elok macam tuh .

2.       Bersikap baik

Korang mesti akan rasa tak selesa kan kalau kena pinggir dengan org lain , x ramai member ? untuk elakkan perkara macam ney berlaku kat asrama , korang kena hormat orang lain , pandai beramah mesra , bertolak ansur . terutama skali senior2 korg . kalau korang amalkan orang lain akan rasa selesa dengan korang dan mudah lha nak dpatkan pertolongan waktu susah .

3.       Belajar mengurus wang

Ini sangat penting ! kalau korang terlampau boros berbelanja x mustahil korang akan terputus duit belanja kan ? kalau mak ayah kaya ada rumah banglo pakai kereta ferrari xpe lha bleh bagi duit bnyak . bagi yg x mampu tuh xkan nk membebankan mak ayah kan .? jadi pandai2 save duit kan . satu cara nya ialah puasa sunat hari isnin khamis . sedikit sebnyak korang boleh menabung kan ?kalau tak pon cuba kawal nafsu untuk beli barang2 yg x berfaedah . pastikan barang2 yang penting jer yang beli .

4.       Pandai membahagikan masa dan bijak mengambil peluang

Make sure korang bersikap pantas dan bijak mengambil peluang . cuba bayangkan tiap tiap hari jadual padat dengan prep petang sampai malam , riadah lha , tazkirah segala bagai masa bila nak uruskan diri sendiri kan ? jadi korang kena lha curi masa masa yang tertentu . korbankan masa malam untuk basuh baju , gosok baju jadi xder lha terkejar kejar sgt kan , Cuma tak cukup rehat jer lha sebab tidur lambat kan ? jangan sesekali bertangguh kerja , for sure masa akan datang nanti membebankan kita .

Okeyh lha tu je kot sedikit sebanyak tip yg aku nak kongsikan dgn korang sebab aku pon x banyak pengalaman duk kat asrama . mana tak nya dua kali tau aku lari dr asrama . x tahan punya pasal ! nasib parents aku layan je kehendak aku kalau x , x tahulah . aku harap ada lha org yg memanfaatkan tips ney sebab aku rasa mebantu kot !

So , sekian sahaja dari nisa cantik (adik adik aku selalu buat muka kalau aku cakap aku cantik . mesti org yg baca ney pon akan buat muka. Tp x kesah pon sebab memang aku cantik . sangat perasan .)

 

No comments:

Post a Comment