koleksi buku rujukan |
Hye alls !
Rasa macam baru jer update blog neyh kan , tp neyh dah ada
entri baru . yer lha sekarang neh jer ada masa nak mengomel dalam blog neyh .
lagi dua tiga bulan aku dah start busy nak study dah , aku kan calon esspiyem .
argh ! stres jer dgr espiyem tuh . tapi kadang tuh rasa takut sgt sbb aku x
boleh skor cemerlang dlm espiyem . semua
orang dah bagi harapan setinggi langit kat aku . aku ney bukan bijak bestari
pon since result UPSR ngan PMR aku okey . orang lain semua cop aku pandai
walaupun hakikatnya tak . SPM dgn PMR mana sama kan ? orang yang cemerlang PMR
belum tentu cemerlang SPM , tp tak semua orang tahu .. nak nak tok aku selalu
cakap “akak buat molek periksa ney tau semua orang x sabar tnggu keputusan akak
. dapat semua A tau . orang kat sini takdek lg yg dpat semua A periksa .“ . aku
pon macam menganga jer dengar . apa ingt senang nak dapat semua A ? alangkan
periksa biasa nak lekat seketul A pon seksa belum lagi semua . haiya ! tp aku
usaha lha jgak nak puaskan hati semua orang . walaupun aku x dapat nanti
sekurang-kurangnya aku dah usaha . tp mintak2 lha dapat kan . usaha aku yang
utama ialah ULANGKAJI . kat rumah ni bertimbun-timbun buku rujukan . gaya macam
rajin sangat membaca tapinya harammm iklan belaka . tapi x bermakna aku
iklankan semua buku-buku tuh . ada kala tu aku bukak jugak lha kan baca . kalau
tak membazir lha beli buku rujukan baik beli novel jer . tp kadang kala aku tak
puas hati dgn sesetengah buku yg ada
fakta yg salah , isi tak cukup , tak menarik . jd baru-baru ney aku ada terjumpa
dan terbaca TIP MEMILIH BUKU RUJUKAN dan
ingin mengongsikannya disini . baik hati sangt rasa nya .
1. 1. Mohon pendapat orang yang lebih tau
Korang korang semua boleh bertanya kepada guru-guru kat
sekolah yang semestinya arif tentang hal macam ni . nak-nak subjek yg cikgu tu
sendiri ajar . tapi , aku faham
sesetengah org macam segan kan nak jumpa cikgu . no worry , korang boleh tanya
akak-akak senior kat sekolah korang . dyeorg pon tahu rasanya mende-mende neyh
.
2. 2. Memilih buku yang ditulis oleh penulis yang
berpengalaman
Sebelum membeli tuh korang belek la dulu buku tgk siapa
penulis nya ? jgn main rembat sesuka hati jer . kebiasaannya kat belakang buku
tu ada tulis pengalaman dan biodata penulis . bukan apa , penulis yang lebih
berpengalaman akan menghasilkan buku yang terbaik yang memenuhi format
peperiksaan . \
3. 3. Beli buku yang guru gunakan di kelas
Bukan nak meniru ke apa tau . kalau korang fikir lha kan ,
kalau cikgu tu guna buku tu untuk mengajar mesti lha buku tu memang terbaik kan
. sebab tu la cikgu tu guna . so , kite pon guna lha sekali .
4. 4. Bertanya pelajar cemerlang
Kalau korang tak keberatan , korang boleh bertanya kepada
pelajar yg cemerlang buku apa yang digunakan . jgn la malu nak bertanya , sbb
nanti menyusahkan diri sendiri . aku faham korang akan rasa rendah diri bila
berhadapan dgn org yg lebih pandai kan ? aku pon sama jugak . tp kadang tuh aku
buat derk jer sbb kita nak belajar buang lha perasaan rendah diri tu dulu .
5. 5. Ciri-ciri buku rujukan yang terbaik
-tak tebal dan tak nipis . kalau tebal sgt nanti rasa malas
bila nak baca
-terdapat tip-tip berguna bagi sesuatu subjek.
- terdapat peta konsep pada permulaan topik
- perseembahan nota jelas
6. Banyak menggunakan peta minda dan peta konsep untuk
menyeronokkan kita bila buat ulangkaji
-mempunyai rajah dan gambar kerana kita akan lebih mudah
mengingati gambar
-berwarna-warni
-terdapat beberapa set soalan
-Mempunyai skema jawapan bagi setiap soalan yg disediakan
-mempunyai glosari /makna kata
That’s all for this entri . I hope u’ll apply this tips .
aku pon nak mintak jasa baik korang , tolong doakan aku berjaya dalam
peperiksaan besar aku akhir tahun nanti . hurm , menggerunkan sangat . okeyh
lha sekian sahaja dari aku , yang baik datangnya dari Allah yg kurang itu
datang dari aku sendiri . aku mintak maaf sgt kalau ada yang tersalah dalam
memberi tips kali ni .
Tqvm !
insan yg x sedar diri nak exam tahun ni. |
No comments:
Post a Comment